Tuesday 17 May 2011

Research Octane Number (RON)

Baru2 ni harga minyak naik lagi kan??Tapi bukannya dua2 jenis minyak naik harga,,cuma minyak HIJAU je yang naik..2 kali pulak tu naik disebabkan harga komuditi minyak mentah yang melebihi US$100 sejak kebelakangan ni..Ye la sebab perang kat Libya tu la harga minyak naik..

Tapi kalau minyak hijau naik,,kita guna la minyak KUNING..Murah sikit..Rm1.90 je..Dah lame tak naik harganya..Lepas PRU taun depan ni naik lah..Konfirm punyee..Minyak kuning ni pun menjadi pilihan aku sebab aku ni selalu balik hujung minggu..Kopak duit kalau nk isik minyak HIJAU..Mahal nak mampos..Dan aku bukan guna superbike pon..Dan korang tahu tak ape perbezaan kedua2 minyak ni..Perbezaan nye adelah pada Nombor Penyelidikan Oktana (selenga gila bunyik) atau bahase omputih nye Research Octane Number atau pun RON..

Seperti yang kita tahu,,minyak hijau ialah RON 97 dan kuning adelah RON 95..Dulu sebelom RON 95 keluar kan ada minyak merah iaitu RON 92 dan minyak biru (shell V-Power dan seangkatan dengan nya) iaitu RON 98 kalau tak silap aku la..Kalau korang isik dalam botol korang tengok kaler nye,,kan lain2..Sekarang harga minyak dah naik dan kerajaan pun dah lupuskan dua2 minyak ni dan memperkenalan RON 95 sebagai minyak standard menggantikan RON 97 dan RON 97 sebagai minyak premium

Research Octane Number (RON) adelah pengukuran kepada 'fuel knocking resistance' atau rintangan kepada nyalaan pra-matang atau ketukan lah bahase pendeknye..Makin tinggi RON makin tinggi lah rintangan untuk berlakunya knocking kat enjin korang tu..Campuran udara dengan bahanapi RON yang rendah akan cepat terbakar semasa enjin panas dan nyalaan pra-matang akan berlaku..Sebelum piston sampai ke Top Dead Center dan ianya pada compression-ignition stroke dimana campuran udara bahanapi akan terbakar sebelum spark plug menyalakan spark dan ini akan menyebabkan kehilangan kuasa..ini lah dinamakan KNOCKING..Kirenye spark plug tak meletup lagi tapi campuran bahanapi-udara tu dah terbakar dulu la..Knocking mengakibatkan kerosakan piston dan injap serta komponen enjin jika dibiarkan dalam masa yang lama..

RON yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan kuasa enjin sedikit sebanyak..Err bagi aku kalau enjin korang setakat enjin NA(natural aspirated) biase2 je mcm enjin kancil ke,,iswara dll tu kalau guna RON rendah2 mcm 95 pn takpe kot..Sebab TAKDE PERUBAHAN kuasa langsung..Dan akan berlaku pembaziran kat situ..Lain lah iswara korang tu da msk enjin EVO 3 ke bole kot pakai RON 97..Dan RON yang tinggi jugak mengurangkan pembentukan karbon didalam komponen kebuk pembakaran mcm valve dan permukaan piston..Ade jugak minyak RON 97 mcm Shell V-Power 97 yang membantu membersihkan karbon2 ni..Tak tahu lah..Shell yang cakap..

Cuba korang tengok kat belakang penutup minyak kereta korang,,kat situ biasa ada tulis kereta korang minumum boleh pakai RON berape..Tak pun kat buku manual..Kalau kat situ dah tulis 'SUITABLE FOR RON95' jangan la gedik tangan tu nk isik minyak RON92..RON lebih takpe..Selalu kalau kereta2 biasa je takde masalah guna RON95..Tapi kalau kereta mahal2 mcm BMW ke,,MERCEDES ke..memang minimum RON 97..Sebab enjin kereta2 mcm ni biasa guna enjin NA ber CC besar dan berkuasa tinggi..Same la mcm kebanyakan enjin yang guna forced induction (turbo dan supercharger) majoritynye digalakkan guna RON97 untuk mengekalkan prestasi..Kalau korang guna SUBARU IMPREZA pastu isik minyak kuning atau merah kompem kereta korang rasa tak boleh belah kan??

Dan sekarang ni banyak kan berlaku kes2 kereta terbakar...Ramai orang ckap ia disebab kan penggunaan RON95 yang mudah terbakar..Oppss,,jangan buat persepsi sendiri..Banyak faktor yang menyebabkan kenderaan terbakar..Bukan sebab RON ni je..Kat negara omputih tu rilek je guna RON rendah2 ni..mcm Australia,US yang guna RON91-92 sbg minyak regular dan negara2 yang lain,,paling rendah Indonesia tak silap aku,,guna RON88..huh,,kita je rakyat Malaysia ni selalu dimanje2 kan kerajaan..haha..

So kesimpulannye,,nak pilih minyak yang mane??kalau aku la,,aku selalu isik Shell kuning sebab dye ade formula Fuel Save,,isik full tank jimat sikit minyak.Terbukti la bagi aku..Kalau isik petronas aku tgk mcm cepat je jarum minyak tu turun..haha tak tau la...Kalau korang,,tepuk poket tanye la dompet..kereta power isik la minyak power..kalau kereta biasa2 isik minyak kuning pn takde hal..Okies laa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget