Monday 22 August 2011

Syawal Yang Semakin Dekat!!!!!

Assalamualaikum u all!!

Lame kan aku dah tak update blog ni..Rindu tak??Mesti tak rindu kan????Okay aku rase sekarang ramai tengah mood raye..Maklumlah,,raye tinggal lebih kurang 8 hari jek kan...Mesti korang semua dah shopping dan bersakan2 renovate rumah..Yang jauh dari family lak mesti dah beli tiket bas,servis moto dan kereta masing2 untuk balik ke kampung masing2 kan??

Raye tahun ni..bagi aku??hm entah la ek..nak shopping takde mase..Sebab kena kerja hari ahad,,arghh dah la puase2 takde rehat lak tu...Dah tu lagi satu hari ye..SATU hari lg nk raye baru cuti..Mane sempat nk shopping..Kedai pn dah mule tutup hari isnin tu..Wahhhhhhh...Dugaan tu..DUGAAN..Adess..

Tapi tahun ni aku berpuase kt johor jek..Praktikal lah katekan..Kalau kat PD ni time2 gini mesti dah rindu dan tak sabar sey nk balik rumah..Pastu balik bawak motor..Pehh,,rindu nk bwk motor jauh2..Kat Johor lak motor tu setakat transpot pergi balik kerja jek..Nak pergi mane2 bawak kereta..Motor pn dah tak terjage sangat..Nanti dah nak balik PD hujung taun ni baru terkial2 nak servis motor...Korang balik kampung tak??kalau balik drive lah hati2..Musim2 raye ni..Jalan jadik bahaye..

Okay aku pn dah malas nk menaip2 sangat..Nak waktu berbuka ni..So hayati lah raye korang betol2 sebab tak mustahil raye tahun ni raye terakhir korang..


Tuesday 26 July 2011

24 Peringatan Buat Wanita



1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Kembali Aktif!!

Assalamualaikum

Wargh!! Lame tak update blog..Dah dekat 3 minggu rasenye aku dah tak bukak blog ni...Maklumlah sejak2 dah  ade bisnes kat baghdad ni..

-JUST JOKE-

Actually aku dah praktikal dah..Dah 3 minggu..Last aku update blog tuh lg 2 hari lg aku nak start praktikal..Banyak faktor yang mempengaruhi nih sebenarnye..Pehhh..Bizi memanjang..Tak macam time belajar dulu..Antara faktor2 nye ade lah.....

  1. Mase tak mencukupi
  2. Balik kerja dah penat
  3. Malam2 selalu g lepak dgn kawan2..Maklumlah dah lame tak jumpa kan
  4. Ujung minggu jek g jalan2..Tak pun buat la ape2 kat rumah cm repair2 benda yg dah jahanam kt rumah aku ni
  5. Terlebih main game
  6. Mouse tak jumpa..Tak biasa buat kerja takde mouse
  7. Kadang2 adik aku main laptop aku...Takkan nak pakai komputer rumah..Lembab..
  8. Banyak la faktor lagi..Tak ingat nak cakap...
Huhu..Okay..Mulai hari ni aku akan merajinkan diri nk update blog ni..Senyap sunyi je kan..

Sunday 3 July 2011

Anak Johor

Assalamualaikum





Yup,,Aku anak kelahiran johor..Lahir kat Muar ataupun MuO(orang johor cakap)..Migrate2 pun sampai gak kat Pasir Gudang..Masih lagi dalam Johor..Even mase kecik2 dlu pun aku selalu balik Muar..Dan sekarang every weekend kalau takde kelas pn aku balik Muar..Yelah,,nak ke Pasir Gudang tu bukan dekat mcm dari PD nak ke Pilah tuh..


Kalau nak tau,,kat Johor ni kire byk keturunan..Majoriti yang biase kita dgr kt Johor ni adelah Jawa dgn Bugis..Aku??heheh..Orang jawa..Tapi tak reti pun cakap jawa..Setakat wes,kabare,mangan paham la..Kalau dengar atuk nenek aku cakap jawa sepatah haram pun tak paham..Susah nak jumpa muda mudi ni pandai cakap jawa..Tapi budak kelas aku ada sorang namenye Kazabudin..Muka jawa..Pandai cakap jawa..Kalau cakap gaye2 KL tu ade la slang2 jawa keluar sikit2..


Actually aku bukan nak cakap pasal jawa2 ke nih..Aku nak cakap pasal gaye percakapan orang johor..Biase kalau korang dengar akan ade sebutan2 'or kt baris hujung ayat tersebut..Ala mcm bahasa negeri sembilan 'o' nye byk kat depan2 mcm besar jadik bOsar..Tak paham? Meh aku terangkan. Carik sape2 budak johor, pastu dengar dia cakap..Yang selalu korang akan dengar ade lah mcm ni..


  • Ape kO nak ni??
  • Jom la makan..Aku dah lapO gile ni
  • Oi jom lepak bandO!!
  • Sape pulak yg kebas selipO aku ni


Huh paham tak??maksudnye huruf R tu jarang ditekankan..A ditukar jadik O..Macam selipar jadik selipo..Err mcm tu kot..Tapi ade gak ayat2 lain eh..Ala mcm orang negeri ckp goman,membongak..Aku??err aku ni cakap berbilang bahasa..Tak tentu..kadang2 johor,sometimes KL kalau nk nampak macho sikit..(wekkk) kadang2 lak rojak la dgn english..Kalau dgn budak2 negeri pn aku cakap negeri..Bak kate member aku jamal (anak jati negeri sembilan) "masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang rimau ekau buek bunyik angsa mampos ekau kono cakar dgn rimau tu.." err mcm tu kot..


Ni ha ayat2 yang biasa korang dengar kalau berborak dengan orang johor ni..Dan aku selitkan makne disebalik ayat2 tersebuttt..




1.Orang  = Owang
2.Cuci  = (Orang Johor jarang sebut cuci tetapi basuh)
3.Almari = (Dipanggil gerobok atau gobok)
4.Selimut = Gebar
5.Periuk = Priuk atau piuk
6.Suami = Laki
7.Isteri  = Bini
8.Tandas = Jamban
9.Lucu = Kelako
10.Gelak = Ketawa
11.Bersalin = Beranak
12.Berkhatan = Bersunat
13.Malu = Segan
14.Pagar = Pago
15.Damar = Damo                                             
16.Pelantar = Pelanto
17.Tilam Toto = lece ( Sebahagian Org tua guna perkataan nie )
18.Gotong-royong = Rewang
19.Kenduri kahwin = Kerja kawin
20.Menguap = Sangap
21.Lepak minum = Ngeteh
22.Dating = Berendut
23.Sarapan = Sarap
24.Makanan ringan = Jajan
25.Selipar = Selipo
26.Tak pakai baju = Berlenggeng
27.Gila-gila = Bigor
28.Gila-gila sikit = Gonjol, Gonjeng
29.Cepat = Lincah
30.Dukung = Gendong/ Kelek
31.X pandai main permainan atau baling sesuatu = Pengkor
32.Karipap = Epok-epok
33.Canggih/Best/Stylo = Gerek 
34.Buat = Anu
35. Pergi bersama = Saing
36. Kasut = Sepatu
37. Bau kurg menyenangkn/hancing = Pesing
38. Cucur @ cekodok = Jemput-jemput
39. Nmpk comot = Koreng / Selebet
40. Lebah @ Tebuan = Org johor biasanya pggil Penyengat..
41. Kacau air = Godak
41. Garu = Biasanya pggil Keruk
42. Kuat menangis = Gembeng/ Muka memeh
43. Degil/Nakal = Terjal
44. Luka yg bernanah = Menais
45. Sesuatu yg meleleh atau terpercik = Ngences
46. Ketuk kepala = Jotos
47. Hayun lempang m'ggunakan blkg tapak tgn = Tale ( le sebut cam lemak)
48.Tido m'ngigau = Jalu
49. Sesuatu yg berpusing laju/ org yg thn lasak = Ligat
50.Org jahat/ Samseng = Biasanya Penyangak


Wahaha banyak lagi tu,,tak masuk lagi loghat daerah2 lain..Lain daerah lain gaye..huhu..Okay..Sampai di sini jek..Thanks sebab membace!!komen2 la sekali..

Saturday 2 July 2011

Alhamdulillah..Tak sia-sia amik short sem

Assalamualaikum

Ni ha result short sem..Huhu tak sangke lak kan..Kalau tiap2 sem mcm ni kan bagus..Aku ni takde la pandai mane..Besarkan malas je lebih..Wahaha..Tu yang sem 2 dah buat 2 lubang kt result..Jajan tu namenyee..Jajan!!


Ni kira hadiah hari jadi dari aku untuk diri aku sendiri..Ye la aku ni tak mcm org lain,,hari jadik berbagai macam hadiah dapat..huhu..Tapi kalau HPNM tu dah atas 3.0 baru lah aku boleh bangga dgn pencapaian sendiri..Nak kena up sikit HPNM tu kalau nak sambung degree..

Anyway thanks kepade Pn Fara,Misfs Pavithra dan Pn Normala yang mengajo math 3 tu..Encik Azizan aka En Koboi yg ajar autocad..Walaupun kelas dye selalu takde,,dye pun selalu dtg lambat tp baik gak dye sebab bg pointer yg tinggi sikit kat kitorang..Tapi kalau sape2 soh buat autocad bkn kitorang reti pun..Dan juge En Nahar yang kitorg nego2 dpt gak buat kelas malam sebab hari isnin clash lak dgn math..Dengan En Ridhwan yg ajar ICE tuh..Ok kot 2.33 dari fail..huhu..Sebab aku dengar ICE ada yg fail..Final pun bole tahan susah..Nasib baik.. ^^"

Tuesday 28 June 2011

Thing That I'll Be Miss in PD

  • Rindu gila nak copy assignment lan (sebab dye kencang)
  • Rindu gila nak lepak kt cendol pak cik lan petang2
  • Rindu gila nak makan malam kt kedai makcik banyak (sebab kedai ni nasik memang tak terhabis makan)
  • Rindu gila nak balik johor ramai2 sambil perembat moto kat jalan dalam (hehe tak sangke wave aku boleh kacuk LC..tp out gila kat highway)
  • Rindu gila nak lepak kat tanjung tuan
  • Rindu gila nak makan malam pastu main boling dgn snuker kt pekan
  • Rindu gila kena ragging dgn en fakhurudin pagi2 sebelom masuk bengkel
  • Rindu gila kat akak cun yang jual nasi campur kt taman intan
  • Rindu gila nak lepak makan roti kt tepi highway AMJ
  • Rindu gila nak dengar cerita menyanyah si beruang
  • Rindu gila nak masak fish n chip tp sampai sekarang x masak2..
  • Rindu gila nak jadik tukang masak kat dapur
  • Rindu gila nak sarap kat warung hijau kalau pagi2 kelas kena postpone
  • Rindu gila nak hisap rokok sambil takot2 dalam toilet poli
  • Rindu gila nak drift kereta timon tanpa pengetahuan beliau (opss jangan marah)
  • Rindu gila nak sweet2 awek yang lalu depan rumah
  • Rindu gila nak berbual meleweh dgn kawan2
  • Rindu gila jadik supervisor dalam bengkel (pemalas buat kerja)
  • Rindu gila nak seleweng kegunaan kereta timon (cakap pergi situ ujung2 terjebak entah kemane)
  • Rindu gila nak buat nota dan formula banyak2 masuk dalam test atau exam (toyol)
  • Rindu gila nak bertekak dengan kawan2

Wahh banyak lagi ni..Tak terhabis cakap..Tapi seriyesly memang rindu gila wehh nk buat benda2 tu semua..Kat pasir gudang mane adeee..Perghh ni baru 6 bulan praktikal..Belum graduate lagi..Kalau dah graduate memang x kan jumpa lagi benda2 mcm ni..So gunakan lah mase belajar anda sebaik2 nye..

Saturday 25 June 2011

The Humor Emperor's



Tahniah aku ucapkan kat Jep,Mamat dan Shuib sebab diorang yang dah lame tag team bertiga sebagai team Sepah berjaye menjadi juara Maharaja Lawak..Manisnya kurma itu,,Semput!!!....haha..Aku memang minat gila dengan lawak korang..Korang memang terbaik..Seriyess..Walaupun ramai yang menjangkakan Jozan yang jadik juara sebab populariti diorang tinggi..Tapi lawak Jozan tadi kurang sikit mase tugasan pertama..Dah rezeki Sepah kan??RM350k tuh..Mungkin jugak rezeki anak Shuib yang bakal lahir nanti...

Lawak Sepah memang menjadi..Berdekah2 orang ketawa kat KDK (kedai depan kubur)..Mcm selalu Sepah tak pernah kantoi..Lawak pn konsisten jek..Dan lawak yang ade pengajaran disebalik lawak tersebut..Jozan pun kadang2 kena tegur dan kadang2 lawak tak beberape menjadik..Mamat Khalid pn cakap Sepah feberet dye..Apek pulak bagi fullmark kt Sepah..Sebab lawak sepah asli..Macam ni eh lawak orang johor??Lawak melayu laa..Orang gelak sebab lawak nye menjadi..Bukan gelak palsu mcm orang gelakkan Amir..

Nabil pun ok lah..Cume dye sorang2..So susah nak dapat lawak yang boleh menggelak kan orang..Sesuai bercerita..Tapi nabil dapat rm150k pun bolot sorang2..huhu...Jambu pulak aku tak beberapa minat sebab diorang layak jadik penghibur dari pelawak..Banyak menyanyah atas stage..Mula2 best tapi lame2 mcm menyampah pulak..

Habis madu SEPAH tak habis2 lagi!!hope korang akan lebih berjaye pade mase depan sebab korang Baikk Punyee,,,




p/s : baru aku tau diorang ni dulu kerja kilang

Friday 24 June 2011

Kisah Aku Dan Burger Ke Ep Si

Assalamualaikum..Aku baru jek menghabiskan paper short sem semalam.Paper engineering maths 3 yg aku drop mase sem 3..Alhamdulillah..Soalan senang..Dan ramai gak member2 aku yang dah pun habis paper semalam..Harini pun ade..

Dan 2 minggu lagi aku akan memulakan Latihan Industri..So 6 bulan tak jumpe member2..Yang tak lepas LI lak setahun tak jumpe..Sem 5 nanti aku balik muar sorang2 je la sebab alip sam tak lepas..So kitorang g la restoran pak cik rambut putih kt pekan PD tadi..Hang out terakhir dalam mase beberape bulan ni

So kitorang pun order makan ke ep si..Majoriti order snack plate jek..Kesian wan kempunan nk makan chicken chop sebab promosi dah habis..Aku lak order snack plate makan kt sane dan colonel burger untuk ditapau kt rumah..Sebab aku tak pernah beli colonel burger tu..Kucar kacir kt tingkat 2 ke ep si tu melayan budak2 ni..

Balik dgn si kenta bwk kereta huru hara sampai terangkat2 tayar berlumba dengan kereta amir..Macam nak keluar balik ayam yang aku makan tadi..Cheiitt..Okay berbalik pada cerita asal..Actually aku tanak pun beli colonel burger tu..Tp aku tengok kt papan advertise tu mcm best jek..Besar burger tu..Adoii kenape la aku terjebak beli burger tuu...

Sampai2 je rumah,,aku bukak burger tu..wtf..Kecik kedahak..Puiii..Tak berbaloi rm3.50 aku..Makan 4 kali suap dah habis..Baik aku g makan burger tepi jalan..Dapat special double..Nasib baik la aku order snack plate..Kalau order yg ade burger tu??



Tapi mase kt sane aku sempat ambik sos thai sebotol..Sebab esk nak masak fish n chip..Sos dah habis kat rumah..Err ni kire dgn pakej skali la kan..Tak curik ehh..Malas nk beli sebab dah nak chow dah ahad ni..


ps : ramai gak aku dengar komplen,,realitinye burger,wedges,ape2 lg selain ayam kt kfc tu tak same saiznye dgn dalam advertisement..pandai yahudi buat duit..

Tuesday 21 June 2011

Arrghhh Tak Tahan Pedas!!



Assalamualaikum..Sori aku dah jarang update mase2 terdekat ni..Bizi wooo..Tapi esok dah last paper..Entri kali ni aku nk cerita pasal aku dan kepedasan..Tak tahan pedas la senang cite

Agak aneh la sebab dulu mase kecik2 selambe jek aku telan..Sekarang,,makan nasi goreng kampung pn kena mintak kurang pedas..Kalau pedas,,berpeluh2..Dan berpijar2..Aku pun tak tau la kt mane salah silapnye..Mungkin orang johor jenis yang tak tahan pedas kott..

Tapi family aku selambe jekk..Orang johor gak..Kalau makan pedas2,,lepas tu mesti berpeluh..Koman2 pun sikit je la..Tapi kalau dah tergigit cili api ke,,cili padi ke..Perghhh..Mcm nak meletop kepala..Macam dalam mulut ni telan api..

Tapi terus terang aku memang suka makan pedas..Perut meminta2 tp mulut pulak mengada2..Pantang aku nak makan pedas mesti makan bawah kipas dan jugak ada ais kosong bersame..Nak hilang pedas dalam mulut minum air,,dah ok sikit sambung balik..Tapi kalau makan menyulam dengan air ni tak elok..Perut jadik buncit..Ni la padahnye..

Hahhh,,ape pn x bole..Takpe2 ni maybe kelemahan aku kot..Cili oh cili kenape la kau pedas sangattt...Haishhh..Perkare ni sangat memalukan

Saturday 18 June 2011

10 10 10 10 persoalan dan jawapan

Entry ini telah dibuat kerana gua sekarang ni rase mcm pale otak gua ni mcm nak pecah je tahan migrain..So dengan menaip mybe bole menghilang kan sikit kot..Dan juga sebab ditag oleh syerakhalid...

ok gua jawab,,gua jawabbb

ni sape yg tag ni korg buat la survey ni kalau rajin..Kalau terlampau rajin tolong picitkan kepale gua bole?haha


err mmbe gua tak ramai ade blog so nt gua print kasi pos je la kt umh korg jekk

TEN HOW'S:
1 . How did you get one of your scars?
Brek moto pakai kaki (mase baru belajar moto dulu)

2 . How did you celebrate your last birthday?
Disimbah dengan air pra campuran pelbagai jenis ramuan.

3 . How are you feeling at this moment?
Fever and migrain (kepala mcm nk meletop nihh)

4 . How did your night go last night?
Bertekak dgn housemate sebelum tido

5 . How did you do in high school?
Diri atas kerusi,keluar ikut tingkap,kena rotan,cikgu asri ambush kt toilet..rindu gila


6 . How often do you see ur best friend?
Jarang sebab masing2 dah buat hal sendiri

7 . How much money did you spend last month?
RM200++ kot

8 . How old do you want to be when you get married?
Erk tak tau lah,,lepas ekonomi stabil dan dah berjaya beli rumah sendiri kot..Hm,,ada jodoh tak kemane kan..

9 . How old will you be at your next birthday?
2 decade

10.How old will you graduate?
Diploma 21,kalau dapat sambung Degree 23-25 kot..


NINE WHAT'S:
1 . What's your mothers name?
Sapariah Bt Ma'in

2 . Where did you go last weekend?
Muar

3 . What is the most important part of your life?
Episod2 penting

4 . What would you rather be doing?
Hisap sisha dengan kawan2

5 . What did you last cry over?
Malam minggu lepas..Sebab RAHSIA

6 . What always makes you feel better when you’re upset?
Bawak motor atau kereta laju2

7 . What do you think of when you hear the word "meow"??
Like cat..Tp kucing yang sopan jek,,yang kurang ajar akan diajar

8 . What are you worried about?
Kehidupan selepas mati

9 . What did you have for breakfast?
Milo jekk


EIGHT HAVE YOU’S:
1 . Have you ever liked someone who had a girlfriend/boyfriend?
Pernah la jugak

2 . Have you ever had your heartbroken?
Nak tau singgit

3 . Have you ever been out of the country?
Indonesia & Singapore jek,,tak la overseas sgt

4 . Have you ever done something outrageously dumb?
Dengan muke selambe tak berhenti roadblock sampai nk kena baling kon

5 . Have you ever been back stabbed by a friend?
Ada,,sekarang backstabber tu dah diberi petunjuk

6 . Have your brothers or sisters ever told you that you were adopted?
TOOTT soalan tak relatif....

7 . Have you ever dated someone younger than you?
Tak,,

8 . Have you ever read an entire book in one day?
Baca buku mastika dan ujang satu rak

SEVEN WHO’S:
1 . Who was the last person you saw?
Alip sami mase gua refuse nk keluar makan tgh hari tadi sebab gua nak balik

2 . Who was the last person you texted?
My mother,,

3 . Who was the last person you hungout with?
Housemate

4 . Who was the last person to call you?
Perempuan yang tak dikenali 

5 . Who did you last hug?
Tak ingat

6 . Who is the last person who texted you?
Tak ingat,baru delete sume mesej tadi

7 . Who was the last person you said "i love you" to?
Nora elena (sbb aku kan seth arm) :P


SIX WHERE’S:
1 . Where does your best friend live?
Merata2

2 . Where did you last go?
Isik minyak kat melaka

3 . Where did you last hang out?
Lame gak lah

4 . Where was your last vacation to?
Jeramtoi dengan budak kelas

5 . Where is your favorite place to be?
Volgograd,Russia

6 . Where did you sleep last night?
Atas tilam dan bantal yang empuk


FIVE DO’S/DOES:
1 . Do you like someone right now?
Nak tau 2 ringgit

2 . Do you think anyone likes you?
Entahh sebab aku ni mane hensem,,takde org nak kot

3 . Do you ever wish you were someone else?
Err

4 . Do you know the muffin man?
Adekah muffin beliau yg aku selalu beli dulu??

5 . Does the future scare you?
Ye lah sebab kita boleh ingat masa lampau kita tp tak boleh lihat masa depan kita

FOUR WHY’S:
1 . Why are you best friends with your best friend(s)?
Gua dgn dye suke berbual meleweh

2 . Why is MySpace so addictive?
Sekarang da zaman pesbuk derr

3 . Why did your parents give you the name you have?
Gua tanye parent gua bukan nk jawab dengan serius

4 . Why are you doing this survey?
Sebab nk ilangkan rasa sakit kepala


THREE IF’S:
1 . If you could have one super power what would it be??
Baca fikiran orang lain

2 . If you could go back in time and change one thing, would you?
Balik kesekolah dan belajar betul2

3 . If u were stranded on a deserted island & could bring 1 thing what would you bring?
Rokok kot sebab bosan nak mampos kat sane..Kena isap rokok baru lah nampak mcm ade kerja


TWO WOULD-YOU-EVER’S:
1 . Would you ever get back together with any of your ex’s if they asked you?
Tak mahu tapi err,,tanak lahh

2 . Would you ever shave your head to save someone you love?
Takde pengorbanan lebih besar ke dari ni??


ONE LAST QUESTION :
Are you happy with your life right now?
Ok jek normal mcm orang lain kat luar tuhh

Wednesday 15 June 2011

Tutorial Masuk Site Yang Di Block V1

Salam

Lepas 10 website yang dinyatakan telah di block semalam,,banyak reaksi negatif dari pelbagai pihak terutamanya dari golongan2 downloader tegar dan geeks..Maklumlah antara site2 tuh ada yang menjadi lubuk sesetengah orang untuk download..Aku pn terkena gak sebab ada 2-3 site tuh memang jadik tempat aku melancong selama beberapa jam untuk mendownload kat situ..Tapi korang jangan takot..

Ada cara penyelesaian bebbb..Dunia internet ni luas..Kalau ada sumthing yang diblock tengok lah nanti mesti ada cara lain nk unblock balik..okay mari kita tengok care2 nak unblock


GUNA WEB PROXY



Cara ni ramai dah tau kot..Tapi ada jugak yang cuma tau masuk IE tak pun chrome and then tau fesbuk, google dan youtube je kot..Cara ni pun bole bukak site yang selalu disekat kat sekolah,kolej,company , sektor gomen (government) dan lain2 lagi..

Pilih satu dari web proxy ni

  • http://www.hidemyass.com
  • http://anon.me
  • http://www.250.eu/
  • http://www.ultrareach.net
  • http://www.unblocked.org/
  • http://www.url.sc/
  • http://www.spysurfing.com
  • http://www.anonr.com/
  • http://www.proxify.net
  • http://flyproxy.com
  • http://www.texasproxy.com/

Aku dah try guna yang nombor 1 dan its ok..Cume copy link dan paste jek kt web proxy tu dan....

TADAA!!

Dah boleh masuk site yang kena block tu..Hahh,,Gembira Dan Gembiraaa..Cuma jangan salah guna nak g tengok pornsite sudahh,,tu jekk


Heh heh heh..Okay next time aku akan ajar camne lak nk guna cara TUKAR DNS SETTING

Tuesday 14 June 2011

Pandangan Aku Terhadap Hosting Server Blocking

Salam,,seperti yang korang tahu pada harini..SKMM telah pun menyekat 10 hosting website untuk membanteras kegiatan cetak rompak..



laman2 web tersebut adelah
1. http://www.warez-bb.org
2. http://www.thepiratedbay.org
3. http://www.movie2k.to
4. http://www.megavideo.com
5. http://www.putlocker.com
6. http://www.depositfiles.com
7. http://www.duckload.com
8. http://www.fileserve.com
9. http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com



HA

HA

HA

HA


Kenape bukan pornsite??

PORNSITE??

SKMM dan kroni2 pn tgk porn ke smpai tanak block pornsite??huhhhh..Cetak rompak kononn..

Yang pakai premium account tu lak mcm mane??Dah beli mahal2..Sape nak tanggung??

Seriously aku memang marah betol dengan perkara ni sebab aku ni dah tergolong dalam DOWNLOADER TEGAR..piratebay.org tu dah jadik darah daging aku dah sejak wujudnye internet dalam hidup aku,,sekarang dgn senang lenang SKMM block..Server2 hosting lain pun same..Kalau pornsite aku boleh terima sebab pornsite tu kan byk benda2 yang tak sihat..Nak bukak laman web yang disekat ni boleh..Guna DNS lain..Tu kalau yang tau buat..Yang tak tau??Clubbing??Orang islam boleh lak masuk kan..Tak sekat pun....Minum arak??Takde akta punn...Tak sekat punnn....

Dan kalau tengok berita hari ni..satu kumpulan hackers yang dikenali sebagai Anonymous akan menggodam laman web malaysia.gov.my utk memberi peringatan kpd kerajaan supaya memberi kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan internet sepenuhnya..Bukan nye block2 mcm ni..Bulan lepas Najib baru ckp yang tak kan ada lagi internet censorship kat Malaysia ni..Kah Kah..Cakap tak serupa bikin..Ni lah pemimpin malaysia..Tgk sini...

Huh ni baru hosting server,,next time?? Facebook??Twitter??Google?? Ape pn tak boleh wehhh..Senang2 block jek internet ni..Biar semua beli burung pastu anta surat pakai burung jek..Internet bayar mahal kejadah tp ni ke yang kita dapat..Bandingkan internet negara luar dgn negara kita..Besar jurangnye..Dah la mahal kedahak..

Ok next post aku akan ajar nk masuk web yang diblock tuh..Okay??chill lah..



Jangan Kau Kahwini Wanita Yang Enam

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

Sunday 12 June 2011

Jenis Anak Tak Boleh Pakai



Anak sape lah ni..Korang nak ke anak macam ni??Ke korang jenis anak yg macam ni??Renung-renungkan...Kalau den ado anak mcm ni dah lamo den campak dalam parit bagi buaya makan..


  • Setiap bulan tak pernah miss ingat kan orang tua suruh kirim duit walhal dah bekerja..Kalau belajar tu boleh dimaafkan lagi..
  • Umur dah besar,muke hensem,badan pun tegap tapi pemalas nak mampos..Duduk rumah habiskan duit mak bapak aje..Keja tanam anggur (Penganggur)
  • Orang tua masih sihat dan tak uzur tapi dah sibuk2 nak hantar ke rumah orang tua
  • Orang tua baru demam sikit dah disuruh tulis surat wasiat
  • Bila susah carik orang tua,,bila senang lupa pulakk
  • Belajar tinggi2 dah dapat kerja berpangkat..Kereta dan rumah bukan main besar..Bini pun bukan main cun..Tapi tak ingat pulak sape yang tanggung kos mase belajar dulu..
  • Orang tua hantar sekolah suruh dapat pencapaian terbaik dalam pelajaran..Tapi pencapaian melanggar disiplin sekolah paling tinggi yang dapat..
  • Kecik2 bercita2 jadik doktor,,tapi bila dah besar jadik doktor pada diri sndiri..hampeh...
  • Orang tua dianggap kuli batak kat rumah..
  • Dibelikan motor utk kesenangan di buat pulak merempit..Kantoi dgn polis lak tuh..
  • Depan org tua punya lah baik belakang diorang bukan main setan lagi perangai

Korang ade ke sifat diatas??kalau ade buang2 kan lah..Penat mak kita ngandungkan 9 bulan,,cam ni dapeknyo..Hampeh btol kalau korang ade sifat2 seperti diatas...

Saturday 11 June 2011

Downloaded Movie Quality


Untuk anda yang masih tak faham apa itu Video Quality Format..Ni la aku nak terangkan sikit ni..Sori lame tak update blog..Busy dgn study..Final lagi 2 minggu..Ok berbalik kepada asal..Tengok screenshot kat atas ni..korang paham tak ape tu PPVRip [MKV & RMVB] tu?? PPVRip tu kualiti video dan MKV & RMVB tu format video..Kualiti video ni ade banyak..Yang common mcm DVDRip, TS, CAM, BDRip dan lain2 lagi..Dan format video ni pn ade banyak gak la..Tapi yang biasa diguna pakai dalam download2 video ni selalu AVI, RMVB, MKV,FLV dan banyak lagi..Sekarang aku nk state mane makna2 disebalik ayat tersebut dan berbaloi tak download dengan format tu..Ye lah kang da download tengok kualiti mcm stupidos..Dah buang masa download..

Video Quality

CAM
*Dirakam kat wayang guna kamera digital..Tak pun guna video cam pn bolehh
*Skrin selalu gerak2 dan kalau video dirakam dari tepi gambar tu akan jadik senget..Ada pulak bayang2 orang tengah berjalan..
*Suara dirakam oleh kamera..Tu yang kadang2 ada orang gelak2,,tak pun dengar suara orang tengah excited
*Video dan audio yang terok..

TAK BERBALOI DOWNLOAD

TS
*Telesync
*Sama macam CAM tp audio yang bagus sikit sebab audio tak dirakam direct oleh camera (jarang ada suara orang gelak2)
*Selalu audio dirakam guna hearing aid orang pekak

TAK BERBALOI DOWNLOAD

*dua2 ni kalau nak download cek dlu sample nye..kalau agak terok samplenye.. BETTER LUPEKAN JEK..

DVDRip
*Di rip lepas dvd citer tersebut keluar kat pasaran
*Selalu 2 bulan lepas citer tu kat wayang akan menyusul DVD nye
*Kualiti yang bagus

BERBALOI DOWNLOAD

DVDScr
*Rip dari promo dvd
*Selalu DVDScr keluar sblm original dvd keluar
*Ada watermarks,timeline dan petunjuk kat video..Kadang2 video jadik itam putih
*Hasil pengeditan DVD promo akan keluar DVD ori
*Kualiti bagus

BERBALOI DOWNLOAD

R5
*Format DVD dari kawasan Region 5 (negara bekas soviet)
*Format ni actually nk mengurangkan cetak rompak
*Banyak kt internet
*Kualiti bagus sebab di Rip dari dvd gak
*Kadang2 bukan bahasa omputih lakk

BERBALOI DOWNLOAD

TVRip
*Dirakam dari tv (biasa astro lah kat malaysia ni)
*Biasa ada watermark stesen tv tersebut
*Tak pun di rakam dari TVcard komputer
*Kualiti tak sebagus DVD

BERBALOI DOWNLOAD

BDRip
*Sama mcm DVDRip cuma di rip dari Blu Ray disc
*Kualiti yang sangat baekk kalau dengan format AVI @ DviX/XviD
*High Definition kualiti..
*Video saiz 720p (Widescreen)
*Saiz yang besar (smpai GB saiznye..)

BERBALOI DOWNLOAD KALAU INTERNET LAJU

VHSRip
*Rip dari video tape
*Kadang2 ada flickering kalau video tape yang dirip tu ada masalah

BERBALOI KOT

VCDRip
*Rip dari vcd
*Kualiti rendah sikit dari DVD

BERBALOI JUGAK KOT

PPVRip
*Bermaksud PAY PER VIEW Rip
*Lebih kurang mcm Astro First lah gitu
*Selalu DVD atau VCD tak keluar lagi dah ada PPV dah kat internet

BERBALOI DOWNLOAD


er,,tu je kot yang common antara downloader2 video yang tegar..Nak cite semua tak habis kangg...Tapi kalau aku biasa tunggu DVDRip @ R5 @ PPVRip ada baru download..Jarang nk download CAM atau TS quality..Melainkan kalau tak sabar2 nak tengok lah :)

Sunday 5 June 2011

Cara Yang Lain nak ikat kasut

Ni haa care yang lain nk ikat kasut..kan biasa korang ikat kasut silang2 je kan??cube korang try ni..Tapi nampak agak pelik la kalau orang lain tengok..Tapi kalau korang nak kelainan ape salahnye kan??
















Tuu,,nampak mcm aneh2 kan??tapi senang je nak buat..ikut je ilustrasi tu..Senang..(padahal tak pernah buat pon)..Aku??guna kasut sarung jekk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget