- Rindu gila nak copy assignment lan (sebab dye kencang)
- Rindu gila nak lepak kt cendol pak cik lan petang2
- Rindu gila nak makan malam kt kedai makcik banyak (sebab kedai ni nasik memang tak terhabis makan)
- Rindu gila nak balik johor ramai2 sambil perembat moto kat jalan dalam (hehe tak sangke wave aku boleh kacuk LC..tp out gila kat highway)
- Rindu gila nak lepak kat tanjung tuan
- Rindu gila nak makan malam pastu main boling dgn snuker kt pekan
- Rindu gila kena ragging dgn en fakhurudin pagi2 sebelom masuk bengkel
- Rindu gila kat akak cun yang jual nasi campur kt taman intan
- Rindu gila nak lepak makan roti kt tepi highway AMJ
- Rindu gila nak dengar cerita menyanyah si beruang
- Rindu gila nak masak fish n chip tp sampai sekarang x masak2..
- Rindu gila nak jadik tukang masak kat dapur
- Rindu gila nak sarap kat warung hijau kalau pagi2 kelas kena postpone
- Rindu gila nak hisap rokok sambil takot2 dalam toilet poli
- Rindu gila nak drift kereta timon tanpa pengetahuan beliau (opss jangan marah)
- Rindu gila nak sweet2 awek yang lalu depan rumah
- Rindu gila nak berbual meleweh dgn kawan2
- Rindu gila jadik supervisor dalam bengkel (pemalas buat kerja)
- Rindu gila nak seleweng kegunaan kereta timon (cakap pergi situ ujung2 terjebak entah kemane)
- Rindu gila nak buat nota dan formula banyak2 masuk dalam test atau exam (toyol)
- Rindu gila nak bertekak dengan kawan2
Wahh banyak lagi ni..Tak terhabis cakap..Tapi seriyesly memang rindu gila wehh nk buat benda2 tu semua..Kat pasir gudang mane adeee..Perghh ni baru 6 bulan praktikal..Belum graduate lagi..Kalau dah graduate memang x kan jumpa lagi benda2 mcm ni..So gunakan lah mase belajar anda sebaik2 nye..
No comments:
Post a Comment