Tuesday 26 July 2011

24 Peringatan Buat Wanita



1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Kembali Aktif!!

Assalamualaikum

Wargh!! Lame tak update blog..Dah dekat 3 minggu rasenye aku dah tak bukak blog ni...Maklumlah sejak2 dah  ade bisnes kat baghdad ni..

-JUST JOKE-

Actually aku dah praktikal dah..Dah 3 minggu..Last aku update blog tuh lg 2 hari lg aku nak start praktikal..Banyak faktor yang mempengaruhi nih sebenarnye..Pehhh..Bizi memanjang..Tak macam time belajar dulu..Antara faktor2 nye ade lah.....

  1. Mase tak mencukupi
  2. Balik kerja dah penat
  3. Malam2 selalu g lepak dgn kawan2..Maklumlah dah lame tak jumpa kan
  4. Ujung minggu jek g jalan2..Tak pun buat la ape2 kat rumah cm repair2 benda yg dah jahanam kt rumah aku ni
  5. Terlebih main game
  6. Mouse tak jumpa..Tak biasa buat kerja takde mouse
  7. Kadang2 adik aku main laptop aku...Takkan nak pakai komputer rumah..Lembab..
  8. Banyak la faktor lagi..Tak ingat nak cakap...
Huhu..Okay..Mulai hari ni aku akan merajinkan diri nk update blog ni..Senyap sunyi je kan..

Sunday 3 July 2011

Anak Johor

Assalamualaikum





Yup,,Aku anak kelahiran johor..Lahir kat Muar ataupun MuO(orang johor cakap)..Migrate2 pun sampai gak kat Pasir Gudang..Masih lagi dalam Johor..Even mase kecik2 dlu pun aku selalu balik Muar..Dan sekarang every weekend kalau takde kelas pn aku balik Muar..Yelah,,nak ke Pasir Gudang tu bukan dekat mcm dari PD nak ke Pilah tuh..


Kalau nak tau,,kat Johor ni kire byk keturunan..Majoriti yang biase kita dgr kt Johor ni adelah Jawa dgn Bugis..Aku??heheh..Orang jawa..Tapi tak reti pun cakap jawa..Setakat wes,kabare,mangan paham la..Kalau dengar atuk nenek aku cakap jawa sepatah haram pun tak paham..Susah nak jumpa muda mudi ni pandai cakap jawa..Tapi budak kelas aku ada sorang namenye Kazabudin..Muka jawa..Pandai cakap jawa..Kalau cakap gaye2 KL tu ade la slang2 jawa keluar sikit2..


Actually aku bukan nak cakap pasal jawa2 ke nih..Aku nak cakap pasal gaye percakapan orang johor..Biase kalau korang dengar akan ade sebutan2 'or kt baris hujung ayat tersebut..Ala mcm bahasa negeri sembilan 'o' nye byk kat depan2 mcm besar jadik bOsar..Tak paham? Meh aku terangkan. Carik sape2 budak johor, pastu dengar dia cakap..Yang selalu korang akan dengar ade lah mcm ni..


  • Ape kO nak ni??
  • Jom la makan..Aku dah lapO gile ni
  • Oi jom lepak bandO!!
  • Sape pulak yg kebas selipO aku ni


Huh paham tak??maksudnye huruf R tu jarang ditekankan..A ditukar jadik O..Macam selipar jadik selipo..Err mcm tu kot..Tapi ade gak ayat2 lain eh..Ala mcm orang negeri ckp goman,membongak..Aku??err aku ni cakap berbilang bahasa..Tak tentu..kadang2 johor,sometimes KL kalau nk nampak macho sikit..(wekkk) kadang2 lak rojak la dgn english..Kalau dgn budak2 negeri pn aku cakap negeri..Bak kate member aku jamal (anak jati negeri sembilan) "masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang rimau ekau buek bunyik angsa mampos ekau kono cakar dgn rimau tu.." err mcm tu kot..


Ni ha ayat2 yang biasa korang dengar kalau berborak dengan orang johor ni..Dan aku selitkan makne disebalik ayat2 tersebuttt..




1.Orang  = Owang
2.Cuci  = (Orang Johor jarang sebut cuci tetapi basuh)
3.Almari = (Dipanggil gerobok atau gobok)
4.Selimut = Gebar
5.Periuk = Priuk atau piuk
6.Suami = Laki
7.Isteri  = Bini
8.Tandas = Jamban
9.Lucu = Kelako
10.Gelak = Ketawa
11.Bersalin = Beranak
12.Berkhatan = Bersunat
13.Malu = Segan
14.Pagar = Pago
15.Damar = Damo                                             
16.Pelantar = Pelanto
17.Tilam Toto = lece ( Sebahagian Org tua guna perkataan nie )
18.Gotong-royong = Rewang
19.Kenduri kahwin = Kerja kawin
20.Menguap = Sangap
21.Lepak minum = Ngeteh
22.Dating = Berendut
23.Sarapan = Sarap
24.Makanan ringan = Jajan
25.Selipar = Selipo
26.Tak pakai baju = Berlenggeng
27.Gila-gila = Bigor
28.Gila-gila sikit = Gonjol, Gonjeng
29.Cepat = Lincah
30.Dukung = Gendong/ Kelek
31.X pandai main permainan atau baling sesuatu = Pengkor
32.Karipap = Epok-epok
33.Canggih/Best/Stylo = Gerek 
34.Buat = Anu
35. Pergi bersama = Saing
36. Kasut = Sepatu
37. Bau kurg menyenangkn/hancing = Pesing
38. Cucur @ cekodok = Jemput-jemput
39. Nmpk comot = Koreng / Selebet
40. Lebah @ Tebuan = Org johor biasanya pggil Penyengat..
41. Kacau air = Godak
41. Garu = Biasanya pggil Keruk
42. Kuat menangis = Gembeng/ Muka memeh
43. Degil/Nakal = Terjal
44. Luka yg bernanah = Menais
45. Sesuatu yg meleleh atau terpercik = Ngences
46. Ketuk kepala = Jotos
47. Hayun lempang m'ggunakan blkg tapak tgn = Tale ( le sebut cam lemak)
48.Tido m'ngigau = Jalu
49. Sesuatu yg berpusing laju/ org yg thn lasak = Ligat
50.Org jahat/ Samseng = Biasanya Penyangak


Wahaha banyak lagi tu,,tak masuk lagi loghat daerah2 lain..Lain daerah lain gaye..huhu..Okay..Sampai di sini jek..Thanks sebab membace!!komen2 la sekali..

Saturday 2 July 2011

Alhamdulillah..Tak sia-sia amik short sem

Assalamualaikum

Ni ha result short sem..Huhu tak sangke lak kan..Kalau tiap2 sem mcm ni kan bagus..Aku ni takde la pandai mane..Besarkan malas je lebih..Wahaha..Tu yang sem 2 dah buat 2 lubang kt result..Jajan tu namenyee..Jajan!!


Ni kira hadiah hari jadi dari aku untuk diri aku sendiri..Ye la aku ni tak mcm org lain,,hari jadik berbagai macam hadiah dapat..huhu..Tapi kalau HPNM tu dah atas 3.0 baru lah aku boleh bangga dgn pencapaian sendiri..Nak kena up sikit HPNM tu kalau nak sambung degree..

Anyway thanks kepade Pn Fara,Misfs Pavithra dan Pn Normala yang mengajo math 3 tu..Encik Azizan aka En Koboi yg ajar autocad..Walaupun kelas dye selalu takde,,dye pun selalu dtg lambat tp baik gak dye sebab bg pointer yg tinggi sikit kat kitorang..Tapi kalau sape2 soh buat autocad bkn kitorang reti pun..Dan juge En Nahar yang kitorg nego2 dpt gak buat kelas malam sebab hari isnin clash lak dgn math..Dengan En Ridhwan yg ajar ICE tuh..Ok kot 2.33 dari fail..huhu..Sebab aku dengar ICE ada yg fail..Final pun bole tahan susah..Nasib baik.. ^^"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget