Saturday 28 May 2011

Syaitan Merah Melawan Lawannya BARCA


Dua tahun lepas kan pasukan feberet aku MANCHESTER UNITED kalah kan dengan BARCELONA mase UEFA final tahun 2009.
Tapi tu 2 taun lepas..Mampukah dendam syaitan merah terbalas harini??

Kol 2.45 pagi waktu Malaysia akan berlangsung perlawanan tersebut di Stadium Wembley,London..Kol 2 tepat mesti kedai mamak serta warung2 yang ade channel espn akan penuh..Aku,,dok tgk online streaming je..Nak tgk bola terpaksa g bandar muar..Jauh tuu

Walaupun bola dengan aku bagaikan kambing dengan parang tapi biasa aku tengok yang important match mcm ni je..huhu..Bajet2 je aku ni..Haha



Mampukah skuad bimbingan Sir Alex Furgeson menentang skuad Pep Guardiola yang ternyata menjadi pilihan ramai orang untuk menjulang European Cup kerana skuad nya mempunyai pemain terbaik dunia dalam kesebelesan utama nye..

Messi,Hernandez,Iniesta,Villa dan Alves kan selalu menjadi bualan mulut orang..Sebab dorang la yg menyinarkan cahaya2 Barca dalam arena bola sepak..

Tapi pun Syaitan Merah pun ape kurangnye kan??Kalau tak terer takdo do nak monang Liga Inggeris tu..Tp memang den sokong bonar Man U malam ni..Den memang doakan ekau Giggs dgn Rooney..Walaupun Fletcher di suspenkan  dan kemungkinan ketiadaan Ferdinand kali ni..Tapi korang terbaekk..Haha..

Giggs Menjulang European Cup (Man U vs Bayern Munich , 1999)

Ronaldo bersama European Cup (Man U vs Chelsea , 2008)




BARCA NATA BEWOK!!

Perkara yang membuatkan aku mencarut di Jalan Raya

Dah bertahun2 aku dah menggunakan jalan raya di malaysia ni ketika dari aku budak2 hingusan dlu mase umur 6 tahun dengan berbasikal sampailah sekarang berkereta dan bermotosikal..Huh,,sekarang moto je la aku punya transport utama sebab motor adalah transport utama bagi sorang pelajar politeknik yang bukan anak lord mcm aku ni..Dan every ujung minggu aku mesti akan menunggang sejauh 150km pergi dan 150km balik muar (umah atok aku) sebab kt PD memang bosan gaban every sabtu ahad sebab ramai membe2 aku yang balik..Tak kiralah bwk kereta ke lori ke bas ke mesti korang akan rasa mcm nak mencaruttt je kalau jumpe situasi2 mcm ni


1.Mase tengah best2 drive lebih2 lagi jalan dalam mesti korang akan jumpa dengan kenderaan yang lebih slow kat depan korang kan??kalau korang punya style bawak laju je mesti korang terasaa nk potong je kenderaan tersebut..Lebih2 lagi lori yang bawak tong gas yang bukan meninggi tak pun lori2 kecik yang kepala merah tu..Huh,,bila nk potong je,,humakaihh!!laju pulak..Mcm tak kasi potong je..


Huh aku pernah sekali nk potong trelar tapi bila dah sampai separuh je badan trelar tu,,trelar tu melajukan diri nye..Dah la aku pakai wave125,,pikap tu mane ade la sangat..Bila trelar tu laju,,jadik masa 12 saat yang diperlukan utk memotong kenderaan bertambah ( err ni mase undang2 test komputer kot ) sebab gap kelajuan tu makin sikit..Dah tu corner kat depan tu makin dekat..


Tiba2 ade pulak lori yang bawak ais tu muncul kat depan....Nasib baik aku pro (kot) bwk moto,,aku selit je kat tengah2 antara trelar dgn lori ais tu..Tu pn aku dah cuak gila sebab tayar lori yang besar tu sipi2 je kt sebelah handle aku..Dan time tu aku dah memaki hamun dalam hati ni..Macam nak tuam2 je muke driver lori tu..




Err,,kalo bawak kereta lak nk selit kat mane ye??


2.Yang ni masalah yang paling besar skali kat jalan malaysia ni..Di petang hari korang tengah2 syok2 layan bwk kereta sambil dengar lagu yang lazat di dengari tetibe GEDEGANG!!! kereta langgar lobang daaa..Adehh putus layan feeling tu...Ditambah dengan ayat2 #$*&^@^ keluar dari mulut atau hati aku..Kalau bawak kereta tak habis bengkak2 tayar tu..Kalau tayar kecik memang bengkok2 sport rim kesayangan tu..


Kalau yang bawak moto pulak tgah2 syok layan korner lipat tetibe lak tak perasan ade lobang sebesar2 alam kat depan..Tak menggelupur moto pakcik time tu..haaahh..Ditambah dengan rim yang gelong dan gegaran coverset selepas tu..Sape la yang bangang noh buat jalan macam ni


3.Bawak kereta tak pon moto,,pastu lepas potong ke spesis kenderaan yang sama dgn korang bawak,,bile pandang je side mirror tengok2 kenderaan tu bukan main lagi cucuk2 belakang korang..Hahh ni namenye macam nak ajak berlumba!!tapi aku tengok mood jugak,,kadang nak melayan,,aku layankan..tapi kalau tak layankan..pastu bila dah potong aku balik pastu RAMMED2 kat aku memang rasa nak baling je batu kt orang tersebut..


4.Kat simpang bila nak masuk simpang tu tolong la bagi signal kalau ye pon!!Ni penat aku tunggu,,igtkan nak terus ujung2 dye pergi belok..Kalau kat belakang pulak tengok2 depan dah main belok je..Menggelupur lagi nak mengelak..huhh..


Lain kali kalau beli kereta @ moto tu cakap dgn salesman "saya tanak signal ni sebab saya tak suka bagi signal kalau nak masuk simpang" tak pun "kalau saya tanak signal ni agaknye bole dapat diskaun 50% tak?? fuhh gampang!!


5.Kat traffic light pulak kadang kan ada jenis orang suka jalan lagi walaupun dah tau lampu jalan dye dah merah..Biasa lah rakyat malaysia bila lampu dah kuning patutnye dan bole benti kalau tak lepas line putih..Kan dah diajar masa amik lesen dlu kan??tak tau la orang2 perangai mcm ni ade lesen ke tak,,tak pun dah lupa sebab banyak makan semut..


Ni bila lampu dah kuning bukan main lagi laju sebab nk kejar2 lampu merah tu..Dulu aku hampir nak terlanggar sebuah moto gara kebodohan org yang bwk moto tu sebab orang yang bwk moto tu buta warna kot..@#$$%^




6.Ade segelintir orang kt Malaysia ni rabun malam sampai nak kena bukak lampu tinggi jee sepanjang jalan..Ni kire yang aku paling menyampah gila..Tau la rabun tp tolong la jgn sampai nk rabunkan orang lain pulakk..


Kalau dah ikot belakang bukak lampu tinggi je tak buta aku lepas tengok cermin belakang sebab lampu korang yang terang mengalahkan matahari tu menyuluh je kat mata aku..Lampu HID lagi la perit..Kalau dari depan pulak tak mcm boleh masuk gaung aku ni..Adehh masing2 perangai mcm bodoh!!




So kesimpulannya


Err nk kata marah pn marah nk kata tak marah pn marah gak ni..ATTENTION aku pun bayar roadtax jadiknye aku pon ade hak gak kat jalan raya ni..Jangan la jadik mcm bodoh sangat..Penat melayan orang2 mcm ni..Bertambah je dosa aku sebab mencarut..*&^%$##

Thursday 26 May 2011

Transformasi!!!

Ni bukannye transpormer yg robot2 tu ye.Ni tentang transformasi diri aku yang sedang berjalan dan akan berjalan tak lame lagi..Err,senang cite nk membuat perubahan la kan..Takkan la nak macam ni je..Kemon laa..


1.Yes,,berat badan aku dah 80kg..Gemok nak mampos..Moto aku pn dah tak boleh senang2 sampai top 130 kmh mcm dulu..
Memang aku sengaja beratkan dan gemokkan badan..Dari aku sebelum kerja hotel berat aku 55kg pastu bila dah medical checkup utk masuk poli berat aku bertambah sebanyak 17kg..Sebab aku kuat makan masa kerja hotel dulu..Dah benda free aku telan aje..17kg lemak aku bawak dari hotel tu..
Aku tau sekarang aku dah montel..Ramai dah perasan..Tak macho macam2 dolu2 lagi..Haha..Tapi kejap je..Sebab apa aku gemukkan badan??Sebab aku nk buat badan aku balik..Dengan main gym..Start 1hb Jun ni aku akan kurangkan makan dan berjogging setiap subuh utk permulaannya utk rebuild balik stamina yang hilang..Stamina pn dah tak mcm dlu2 lagi..
Start je praktikal bulan 7 gym akan jadik tempat lepak utama aku setiap malam..Yela,,aku mane hemsem lagi sejak2 dah gemok ni..Kang badan aku dah mcm aaron aziz jangan excited taww!!Haha


2.Ni aku macam malas nk cerita..Kang orang cakap aku BERIYE pulak..Tapi korang jgn la amik negatif..Amik positif..Dah kata aku nk share kan,,aku share la..
Pasal aku dengan pencipta kita iaitu Allah S.W.T..Aku tau makin hari aku makin lupa dye..Perintahnya langsung aku tak endahkan..Sembahyang pun bukan main susah lagi..Aku tau salah aku..Aku lalai dengan dunia ni dan tak fikir pasal dengan dunia lagi satu..
Kalau lah aku mati sekarang dengan keadaan macam ni..Nauzubillah..Ape yang jadik pn aku tak boleh bayangkan seksa nya dalam kubur..Baru kubur,,belum akhirat lagi..So sekarang aku dah sedar..
Terima kasih kat kawan aku Md Aliff Md Redza ataupn PENDEKAR yang telah banyak bagi nasihat kat aku..Yang ajak aku sembahyang...Sekarang,,Alhamdulillah..Aku dah sembahyang 5 waktu walaupun kadang2 solat subuh tu tertinggal sebab bangun lambat.
.Aku nak dekatkan diri dgn Allah S.W.T dan kalau boleh aku nak baca dan fahami Al-Quran tu sampai aku khatam lagi mcm dulu..Dan mendalami ilmu agama..Aku takut dengan mu Ya Allah


3.Yang ni aku segan pulak nak cerita..Pasal pasangan hidup..Haha aku tau aku ni kadang jual mahal..Tapi aku jual mahal pn sebab tak bersedia sgt pasal benda ni buat masa ni.
.Lagipun aku ni bukan hemsem pn..Buat ape nak kapel dgn aku..haha..Dah dekat setahun aku tak habiskan kredit dengan perempuan..
Nak usha pn dah malas.Tak macam dulu..Aktif kebenooo..Haha..Tak la..But now..sekarang kalau aku nak carik la pn kan,,KALAU ye..
Aku nak carik yang jujur dan ikhlas dengan aku..Pasal rupa,,harta,,kelebihan etc tu aku letak kat nombor kedua dan seterusnya..Sebab aku amik serius benda ni..Aku serius kang spouse aku tak serius.,.tu yg mcm bodoh..cheistt,,
Alalala..malas dehh nk pk derr...




Err lagi ape ea??dah kot tu..Banyak2 cite dah tak suprise la kan..Haha

Monday 23 May 2011

iluvblog blogwalking community

aku harap boleh jadik kawan SAHABAT BLOGGER!!! best kan ade sahabat byk2??
nk tau nohh jom kite bace entry yang dianjur oleh WOOT MEDIA


Disebabkan terlalu banyak group bagi blogger Malaysia, kami dari pihak Wootmedia ingin mengambil inisiatif untuk mengumpul group-group ini dalam sebuah blog yang dipanggil iluvblog^walking. Dalam blog tersebut, para blogger akan diklasifikasikan mengikut kumpulan masing-masing. Setakat ini, 7 group sudah dikenalpasti. Dengan adanya blog ini, jadi lebih mudah lah nak blogwalking. Ye tak?

Oleh itu, kami mengajak anda semua untuk turut sama join kami di blog iluv^blogwalking ! Setakat ini,terdapat 7 group blogger di komuniti iluvblog^walking.Antaranya :

  • Blogger Tercinta Official
  • Sahabat Blogger
  • Blogger Pantai Timur
  • Blogger Bawah Tanah
  • Kita-Blogger Group
  • Blogger Malaya Group
  • Special group

Setiap group akan di isi dengan 500 blog..Jadi semuanya berjumlah 3500 blog ! Anda akan muntah kerana blogwalking..hehe

Anda boleh memilih kumpulan mana yang diingini kecuali group “kita blogger” . Walaubagaimanapun, pihak kami telah meletakkan had 500 buah blog sahaja bagi setiap kumpulan. Jadi kalau yang terlebih tu, kami akan masukkan blog korang kat group SPECIAL..

Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut

Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :
  • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
  • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
  • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
  • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
  • Tag 2 orang rakan blogger anda

so aku pn kalo bole nak tag sume follower2 aku..jom leee..(bak kate abi hurairah) 
haha


sincerly
muhammadrafiee

Saturday 21 May 2011

Perebutan Takhta Maharaja

Bukan nye perebutan takhta antara raja2 seluruh malaysia ye
Tapi 

Perebutan takhta Maharaja Lawak


Aku minat Maharaja Lawak tapi aku takde Astro pn nak tengok
Hujung2 minggu baru la aku download kt syok.org
Tak pun tgk kat youtube


MEMANG

Berdekak gila ketawa tengok..
Tapi tengok kumpulan laa

Lebih2 lagi kumpulan SEPAH yang menjadi sumber inspirasi aku
Diorang kalau dah mula berkate2..
Memang x boleh belah
Dan sebab diorang kelakar gila la aku memang minat diorang
TAPI aku tak undi la..Membazir kan??

Jep Shuib Mamat


3 orang anak jati Johor yang mula menceburi dunia seni selepas memenangi tempat pertama Raja Lawak Musim Ke-3
Walaupun diorang ni tak la menjadi tumpuan2 media mcm Zizan,Johan,Nabil dan Along Cham yang memang dikenali,,Tapi bagi aku Sepah la yang terbaik..
Lawak diorang selambe gile..
Kadang2 lawak diorang ni ar aku guna nk menganjing balik kawan2..
Tapi aku harap Sepah bole menang Maharaja Lawak..
Tapi agak susah kan sebab ada Jozan,Jambu,Nabil yang populariti diorang memang antara yang tertinggi antara semua perserta2 Raja Lawak
Tapi hope for the best..And the best will win
Yang tak pernah tengok lawak Sepah ni cube try tengok..
Lebih2 lagi kalau Jep dah berkate2..

Antara Ayat2 Lawak Diorang Dalam Maharaja Lawak
  • Setakat bapak William aku panggil Pok Teh je
  • Tak payah uji akal, tengok muke je dah tau. Bodoh
  • ke Suami aku dah satu badan lumpuh,seterok beno lah tu stroke nye
  • Tengok,doktor pn kenal aku..Ni DAFI doktor,DAFI..Sambil menyanyi lagu tenda biru
  • Eh laki aku kan strok,kan dibiar mati lemas orang tua tu dalam besen
  • Ini elok kencing manis,,Poah kencing berdiri
  • Yang awak makan Frieskies ni sape suroh??
  • Mamat kan??tukar nama..Malang..Sebab malang tak berbau..Jadik orang tak boleh panggil awak mamat busuk lagi..
  • Ni bukan taring..Ni jongang..Bangang

HOPE SEPAH BOLEH JADIK JUARA MAHARAJA LAWAK


Sincerly
muhammadrafiee

Takkan hilang Melayu di dunia…Melayu akan hilang jika identiti Melayu ini hilang…(share)


ANTARA REALITI DAN TRADISI
Teringat saya waktu kecil-kecil dulu, selepas sahaja menuai padi, gelangang-gelangang silat dibuka dikampung, kalau tidak pun gelangang boxing, anak-anak muda ramai yang datang belajar. Sebab itulah orang-orang dulu jarang yang tidak pandai bersilat, kalau tidak bersilat pun pandai boxing. Mereka gemar belajar, mungkin kerana tidak ada kerja yang nak dibuat, atau mungkin kerana hiburannya tak banyak seperti sekarang, tapi yang pasti mereka rajin menimba ilmu, lepas seperguruan seperguruan pula, lepas segelangang segelangang pula. Lepas mereka belajar silat jatuh, belajar silat tongkat pula, pendeknya mereka rajin.
Kita tengok dulu jarang berlaku gejala sosial yang pelik-pelik seperti hari ini, kalau ada pun tak sama macam sekarang, yang menjadi ancaman dalam negara, yang mengusarkan hati semua orang. Apa tidaknya, kes bunuh, rogol, zina, subang muhram, bahkan seribu satu macam gejala yang terkadang letih untuk disebut berlaku setiap hari. Orang dulu belajar silat bukan semata-mata silat, mereka diasuh menghormati guru, bukan sahaja guru silat mereka, guru orang lain pun mereka hormat, menghormati ibubapa lebih lagi, mereka ada disiplin dan pantang larang. Boleh jadi budaya inilah yang mereka bawa dalam masyarakat. Mereka tak mudah bergaduh walau pun pandai bersilat, kadang-kadang makin pandai bersilat makin merendah diri, macam resmi padi makin berisi makin tunduk, tidak seperti ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. falsafah yang diajar(Selagi air mata tidak mengalir, selagi darah tidak menitis jangan pukul orang sekali-kali). Ini sesuai dengan ajaran Islam kalau diamalkan.
Yang pelik bin ajaibnya kenapa budak-budak hari ini jarang yang berminat kearah itu, tidak seperti orang dahulu. Mereka lebih suka merempit yang sudah pasti mengundang geruh, ada yang suka telan pil kuda sehingga hidup tak keharuan bahkan macam-macam lagi. Syabas dan tahniah kepada  Penggerak Pusaka Bangsa yang berjaya mendidik anak bangsanya sendiri, ilmu dan usaha yang baik itu pasti akan direstui Allah. Istiqamah lah kita semua insya Allah.
Umat Melayu Menjunjung Tinggi
Kita harus sedar bahawa proses menghargai seni pusaka bangsa pada diri seseorang adalah tertanam sejak mereka lahir. Misalnya Anak yg baru lahir sedang menyusu pada ibu biasanya mendengar dodoi, dendangan dan nyanyian belaian ibunya akan tersemat rasa seni itu pada jiwa mereka. Makin besar anak itu makin bertambah pengalaman seni pada diri mereka. Seni muzik, seni suara, seni tari, seni silat akan mempengaruhi anak2 itu.
Dalam hal ini mereka akan merasa senang dan puas hati bilamana mendengar atau melihat apa yang telah di alami oleh mereka semasa kecil dahulu. Mungkin kepada peringkat yang telah berumur akan merasa puas hati dan bersemangat serta gembira bila serunai dan gendang silat di mainkan, lagu makyung di alunkan, lagu dikir barat di nyanyikan dan di hayati oleh generasi tersebut. Pepatah ada menyebut ” tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain”. Anak kita masih dapat dan sempat mengalami pengalaman ini, tetapi cucu-cucu kita mungkin proses penerimaan nya sudah mula berkurangan. Anak yang berkurangan pengalaman oleh kerana tiada bersambungnya seni tersebut tidak dapat menghayati rasa seni lagi sebagaimana ayah dan datuk mereka dahulu.
Dalam masa 20 tahun saja jika di perhatikan bahawa anak muda yang lahir menjadi sudah pun berumur 20 tahun. Oleh kerana kekurangan pendedahan kesenian tradisi kita, maka minat mereka sudah pudar. kepada mereka bunyi gong gendang, serunai rebab adalah sebagai bunyi bising yg menganggu mereka sahaja, sedangkan bunyi alat2 tersebut bagi orang2 tua mereka adalah satu kemegahan dan timbul rasa puas hati.
Penurunan  permainan tradisi amat ketara pada mereka sudah tiada lagi. Seni Silat Makyung, Wayang kulit, dan lain-lain yang tinggi nilai seninya sudah tidak dapat di hayati lagi. Hal-hal seperti ini sekali lagi tidak dapat di persalahkan kepada mereka. Apa yang penting sekarang ialah kita yang masih ada ini hendaklah menjadi kesinambungan kepada generasi terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita supaya pusaka tradisi kita tetap terjaga , terpelihara dan di kembangkan kepada generasi muda.
Sehebat dan Segagah silat yang pernah menyanjung nama bangsa Melayu pada kurun terdahulu, adakah masih kuat untuk melawan arus abad kini. Bangsa Melayulah yang harus mempertahankannya, sebagaimana silat pernah mempertahankan bangsa melayu dahulu. Takkan hilang Melayu di dunia…Melayu akan hilang jika identiti Melayu ini hilang…

Dipetik dari : khalifahgayong 

Friday 20 May 2011

Happiness

Happiness



Happiness uplifts me
Happiness fills my heart, my mind, and my soul

Happiness gives me the strength I need
Happiness is a great feeling that
Enters my mind
Happiness takes the sorrow away

Happiness fills my life with joy
Happiness makes me feel happy, excited, 
And thrilled

Happiness warms my heart
It gives you a sense of relief

Happiness welcomes me

Happiness can be seen by a smile
And in my eyes
Twinkling with shine

Happiness is a very beautiful feeling
Which allows me to enjoy 
Every day to the fullest 



Things That Make Me Happy

Learning from my past mistakes
Laughing with my friend and just being silly
Learn something new
Enjoying nature
Long ride biking (convoying)
Road trip with friend
Someone respected my opinion
A girl wearing glasses
Debt free and not owing people
Cooking my favourite food successfully
A gift from somebody especially from my parent
Teaching somebody
Successfully tweaking my laptop
Given any chance
Support from my friend
Make my parent and friend proud of me
Drawing cartoons
Servicing vehicle without complain
Make annoying people realize
Touge driving(driving at hillroad)
Got back the thing I lost
CCC (Combination of Coffee and Cigars)
Watching movies
Hear a music
Making silly jokes
Make someone happy

Huh tak tau la nk tulis ape lg
Actually byk lg ni..


Sincerly
Muhammad Rafiee

Tuesday 17 May 2011

Research Octane Number (RON)

Baru2 ni harga minyak naik lagi kan??Tapi bukannya dua2 jenis minyak naik harga,,cuma minyak HIJAU je yang naik..2 kali pulak tu naik disebabkan harga komuditi minyak mentah yang melebihi US$100 sejak kebelakangan ni..Ye la sebab perang kat Libya tu la harga minyak naik..

Tapi kalau minyak hijau naik,,kita guna la minyak KUNING..Murah sikit..Rm1.90 je..Dah lame tak naik harganya..Lepas PRU taun depan ni naik lah..Konfirm punyee..Minyak kuning ni pun menjadi pilihan aku sebab aku ni selalu balik hujung minggu..Kopak duit kalau nk isik minyak HIJAU..Mahal nak mampos..Dan aku bukan guna superbike pon..Dan korang tahu tak ape perbezaan kedua2 minyak ni..Perbezaan nye adelah pada Nombor Penyelidikan Oktana (selenga gila bunyik) atau bahase omputih nye Research Octane Number atau pun RON..

Seperti yang kita tahu,,minyak hijau ialah RON 97 dan kuning adelah RON 95..Dulu sebelom RON 95 keluar kan ada minyak merah iaitu RON 92 dan minyak biru (shell V-Power dan seangkatan dengan nya) iaitu RON 98 kalau tak silap aku la..Kalau korang isik dalam botol korang tengok kaler nye,,kan lain2..Sekarang harga minyak dah naik dan kerajaan pun dah lupuskan dua2 minyak ni dan memperkenalan RON 95 sebagai minyak standard menggantikan RON 97 dan RON 97 sebagai minyak premium

Research Octane Number (RON) adelah pengukuran kepada 'fuel knocking resistance' atau rintangan kepada nyalaan pra-matang atau ketukan lah bahase pendeknye..Makin tinggi RON makin tinggi lah rintangan untuk berlakunya knocking kat enjin korang tu..Campuran udara dengan bahanapi RON yang rendah akan cepat terbakar semasa enjin panas dan nyalaan pra-matang akan berlaku..Sebelum piston sampai ke Top Dead Center dan ianya pada compression-ignition stroke dimana campuran udara bahanapi akan terbakar sebelum spark plug menyalakan spark dan ini akan menyebabkan kehilangan kuasa..ini lah dinamakan KNOCKING..Kirenye spark plug tak meletup lagi tapi campuran bahanapi-udara tu dah terbakar dulu la..Knocking mengakibatkan kerosakan piston dan injap serta komponen enjin jika dibiarkan dalam masa yang lama..

RON yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan kuasa enjin sedikit sebanyak..Err bagi aku kalau enjin korang setakat enjin NA(natural aspirated) biase2 je mcm enjin kancil ke,,iswara dll tu kalau guna RON rendah2 mcm 95 pn takpe kot..Sebab TAKDE PERUBAHAN kuasa langsung..Dan akan berlaku pembaziran kat situ..Lain lah iswara korang tu da msk enjin EVO 3 ke bole kot pakai RON 97..Dan RON yang tinggi jugak mengurangkan pembentukan karbon didalam komponen kebuk pembakaran mcm valve dan permukaan piston..Ade jugak minyak RON 97 mcm Shell V-Power 97 yang membantu membersihkan karbon2 ni..Tak tahu lah..Shell yang cakap..

Cuba korang tengok kat belakang penutup minyak kereta korang,,kat situ biasa ada tulis kereta korang minumum boleh pakai RON berape..Tak pun kat buku manual..Kalau kat situ dah tulis 'SUITABLE FOR RON95' jangan la gedik tangan tu nk isik minyak RON92..RON lebih takpe..Selalu kalau kereta2 biasa je takde masalah guna RON95..Tapi kalau kereta mahal2 mcm BMW ke,,MERCEDES ke..memang minimum RON 97..Sebab enjin kereta2 mcm ni biasa guna enjin NA ber CC besar dan berkuasa tinggi..Same la mcm kebanyakan enjin yang guna forced induction (turbo dan supercharger) majoritynye digalakkan guna RON97 untuk mengekalkan prestasi..Kalau korang guna SUBARU IMPREZA pastu isik minyak kuning atau merah kompem kereta korang rasa tak boleh belah kan??

Dan sekarang ni banyak kan berlaku kes2 kereta terbakar...Ramai orang ckap ia disebab kan penggunaan RON95 yang mudah terbakar..Oppss,,jangan buat persepsi sendiri..Banyak faktor yang menyebabkan kenderaan terbakar..Bukan sebab RON ni je..Kat negara omputih tu rilek je guna RON rendah2 ni..mcm Australia,US yang guna RON91-92 sbg minyak regular dan negara2 yang lain,,paling rendah Indonesia tak silap aku,,guna RON88..huh,,kita je rakyat Malaysia ni selalu dimanje2 kan kerajaan..haha..

So kesimpulannye,,nak pilih minyak yang mane??kalau aku la,,aku selalu isik Shell kuning sebab dye ade formula Fuel Save,,isik full tank jimat sikit minyak.Terbukti la bagi aku..Kalau isik petronas aku tgk mcm cepat je jarum minyak tu turun..haha tak tau la...Kalau korang,,tepuk poket tanye la dompet..kereta power isik la minyak power..kalau kereta biasa2 isik minyak kuning pn takde hal..Okies laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget